fb fb fb fb fb

Seminar anjuran MPOB, ISOPB bentang 12 kertas kerja pembiakan sawit

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 November- Sebanyak 12 kertas kerja mengenai pembiakan sawit telah dibentang pakar dan saintis terkenal dunia pada seminar antarabangsa mengenai Elaeis oleifera dan Interspecific Hybrid, Jumaat lalu.

Seminar tersebut meliputi perbincangan mendalam tentang kemajuan pembiakan dan pengeluaran biji benih menggunakan E. oleifera.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez berkata, seminar tersebut menjadi plaform menghimpunkan pembiak baka sawit dan saintis minyak sawit seluruh dunia.

Penggunaan E. oleifera dalam pengeluaran hibrid interspesifik dalam penanaman komersil disyorkan untuk menghalang kereputan tunas, selain manfaat lain agronomi seperti kenaikan ketinggian yang perlahan.

Seminar dianjurkan bersama MPOB dan Persatuan Ahli-ahli Pembiak Baka Kelapa Sawit Antarabangsa (ISOPB) sempena Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2023.

SITI AISHAH BINTI MD ISA