KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Sapura Resources Bhd melantik Reza Abdul Rahim sebagai pengarah eksekutif dan pemangku pengarah urusannya berkuat kuasa hari ini.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Reza akan memikul tugas dan tanggungjawab pengarah urusan buat sementara waktu.
“Dengan pelantikan ini, ketua pegawai korporat Mai Eliza Mior Mohamad Zubir tidak lagi akan menjadi pegawai yang bertanggungjawab syarikat itu berkuat kuasa 10 Oktober,” menurut kenyataan Sapura Resources.
Sapura Resources berkata pengumuman selanjutnya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan terbaharu mengenai perkara itu.-BERNAMA