fb fb fb fb fb

Ringgit diunjur mengukuh tahun ini - MIDF Research

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Ringgit diunjur mengukuh tahun ini apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengubah pendirian dasarnya untuk menurunkan kadar faedah, menurut MIDF Research.

Menurut firma penyelidikan itu, kelemahan ringgit berbanding dolar dipengaruhi sentimen pasaran yang berubah ekoran pengukuhan data ekonomi Amerika Syarikat daripada jangkaan.

Tambah pihak itu, mungkin terdapat perubahan struktur lain yang menjelaskan kelemahan ringgit setakat ini, selain pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat.

Ini termasuk perubahan dalam komposisi perdagangan luar, pengurangan pegangan asing bagi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan perubahan dalam pegangan mata wang asing.

Faktor-faktor berkenaan mempengaruhi pergerakan ringgit dalam jangka panjang berbanding pergerakan dalam pelaburan mata wang asing dalam tempoh jangka pendek.

MIDF Research percaya komitmen kerajaan dalam penyatuan fiskal dan penambahbaikannya akan menyokong prestasi ringgit bagi jangka panjang.

Pergerakan ringgit juga dipengaruhi oleh aliran dana dalam negara.

SITI AISHAH MD ISA