fb fb fb fb fb

Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), antara paras 4.42 dan 4.44 minggu depan.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, dagangan unit tempatan dijangka tidak menentu, berdasarkan pendirian Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat dan Bank Pusat Eropah mengenai kenaikan kadar faedah.

Ketidakpastian terhadap pembukaan semula China berikutan lonjakan kes COVID-19 di negara tersebut akan turut menyumbang kepada unjuran itu.

Sementara itu, Kenanga Research, menyatakan Indeks Dolar AS mungkin terus berada di bawah paras 105 berikutan bacaan jualan runcit negara maju itu yang lebih lemah daripada jangkaan.

(Foto hiasan)

Bagaimanapun, di peringkat domestik, data perdagangan yang lebih kukuh berupaya menyediakan sokongan kepada unit tempatan.

Sepanjang minggu lalu, ringgit didagangkan kebanyakkan lebih rendah berbanding dolar, namun diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Sementara itu, Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan susulan ketidaktentuan pasaran serantau yang berterusan.

Petunjuk pasaran FBM KLCI dijangka diniagakan tidak berubah dalam jajaran 1,470 mata hingga 1,490 mata.

Pelabur masih berwaspada terhadap kenaikan kadar faedah yang agresif oleh bank-bank pusat dunia.

Media Baharu