KUALA LUMPUR, 31 Mei- PETRONAS telah menjalin kerjasama strategik dengan China Petrochemical Corporation (Sinopec) untuk meneroka peluang memacu pertumbuhan dan inovasi merentas rantaian nilai tenaga.
Kerjasama itu merupakan komitmen syarikat dalam memastikan bekalan tenaga berdaya tahan dan mampu milik untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di rantau Asia Pasifik.
Melalui kenyataan Petronas menyatakan selain itu, usaha ini juga bagi mempercepat peralihan kepada ekonomi rendah karbon.
Kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada memacu usaha penyahkarbonan untuk pelbagai industri seperti pengangkutan, perkapalan, pembuatan dan penerbangan.
Ini sekali gus membolehkan kedua-dua pihak mengurangkan jejak karbon dan kekal berdaya saing.