fb fb fb fb fb

PETRONAS anugerah tujuh kontrak perkongsian pengeluaran baharu

FOTO PETRONAS

KUALA LUMPUR, 24 Januari- PETRONAS menganugerahkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) kepada enam blok penerokaan dan satu kluster peluang sumber ditemui (DRO) menerusi Pusingan Bidaan Malaysia 2023.

Penganugerahan itu dijangka menjana lebih RM1.3 bilion pelaburan modal kepada negara melalui aktiviti kerja penerokaan.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia PETRONAS, Datuk Bacho Pilong dalam kenyataan berkata, tujuh PSC baharu itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan penerokaan dan pengeluaran berpotensi. 

Jelasnya, semua blok penerokaan di luar pesisir Lembangan Sarawak, serta Lembangan Barat Laut Sabah telah dilesenkan sepenuhnya.

Sementara itu, permintaan di Semenanjung Malaysia semakin meningkat dengan disokong infrastruktur kukuh dan mudah diakses.

PETRONAS turut melancarkan Pusingan Bidaan Malaysia 2024 yang menawarkan lima blok penerokaan dan lima kelompok DRO kepada bakal pelabur.

SITI AISHAH BINTI MD ISA