fb fb fb fb fb

Penjimatan daripada penyasaran subsidi diesel, beri ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Penjimatan yang dianggarkan sebanyak RM4 billion daripada penyasaran subsidi diesel dijangka memberi ruang fiskal yang lebih luas kepada kerajaan.

Kerajaan dapat berusaha untuk mempertingkat lagi kualiti pelbagai perkhidmatan yang menjadi kepentingan kepada rakyat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika sesi penerangan bersama editor-editor kanan di Kementerian Kewangan, baru-baru ini berkata, pada tahun 2022, sebanyak RM81 bilion telah digunakan untuk subsidi dan sokongan sosial.

Jumlah tersebut dilihat berkurangan pada tahun lepas iaitu, kurang daripada RM70 billion untuk tujuan yang sama.

Menerusi penjimatan melalui penyasaran subsidi diesel, kerajaan boleh menggunakan dana itu untuk pengurusan negara.

Ini terutamanya bagi menambah baik perkhidmatan yang diperlukan rakyat antaranya infrastruktur seperti jalan raya, sekolah, perkhidmatan dalam sektor kesihatan seperti klinik, ubat dan sebagainya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE