fb fb fb fb fb

Penerbangan sulung Scoot dari Singapura mendarat di Melaka

FOTO RTM

MELAKA, 23 Oktober -Penerbangan sulung Scoot dari Singapura ke Melaka membuka akses baru bagi negeri ini sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Menurut Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, penerbangan dari Singapura itu merancakkan ekonomi tempatan dengan membawa lebih ramai pelancong antarabangsa.

"Ini termasuk persediaan untuk Hari Pelancongan Sedunia 2025 dan Persidangan Pelancongan Dunia 2025.

“Penerbangan Scoot ke Melaka akan beroperasi lima kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Scoot juga akan menyediakan penerbangan malam pada hari-hari tertentu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang terutama bagi mereka yang memerlukan waktu perjalanan lebih fleksibel," katanya dalam sidang media selepas Sambutan Penerbangan Pertama Scoot ke Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam pada Rabu.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Setiausaha Kerajaan Melaka Datuk Azhar Arshad dan Ketua Pegawai Komersial Scoot Pte Ltd Calvin Chan.

Penerbangan Scoot ke Melaka akan beroperasi lima kali seminggu, dengan penerbangan sulung selama 45 minit tiba pada 2.55 petang.

Penerbangan itu membawa 112 penumpang dari Singapura, manakala 107 penumpang berlepas dari Melaka ke Singapura.

MAT YUNUS BIN SABRI