fb fb fb fb fb

Pendapatan 'e-dagang' Malaysia meningkat 7.8% pada suku kedua 2024

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Afandi Nordin

KUANTAN, 1 Oktober - Platform 'e-dagang’ menjadi satu platform penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Afandi Nordin berkata, statistik tahun 2023 menunjukkan urusniaga e-dagang mencatat jumlah RM1.2 trillion, berbanding tahun 2022 sebanyak RM 1.10 trillion.

Jumlah tersebut menyumbang sebanyak 23 peratus kepada Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

"Pada tahun ini, dijangka trend peningkatan diteruskan di mana urusniaga melalui e-dagang sehingga suku kedua tahun 2024, setakat bulan jun yang lepas mencatatkan 302.4 billion peningkatan sebanyak 7.8% berbanding suku kedua tahun lepas.

"Ini menunjukkan bahawa e-dagang bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan usahawan, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan."

Beliau menyeru agar semua usahawan mengambil peluang dalam e-dagang untuk mempertingkatkan tahap pendigitalan perniagaan mereka secara berterusan agar dapat memaksimumkan keuntungan.

Jelasnya, keuntungan perniagaan pada era ekonomi digital ini sangat luas kerana ia tidak terhad kepada pasaran tempatan, sebaliknya juga melibatkan pasaran luar negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pendigitalan Usahawan (PPU) Desa Siri 5 Zon Timur Tahun 2024 di Kuantan; yang disertai 262 usahawan dari Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, usahawan yang ditemui, Izzah Farhana Shafei menyifatkan inisiatif KKDW melalui PPU ini amat baik bagi membantu menyebar luas produk mereka.

“kalau bagi pada pendapat saya sebab kita kena meniaga ikut arus semasa, kalau kita kata kita nak fokus kepada kedai kita kean jual kat area setempat, tapi kalau kita ikut arus semasa. Program sekarang program digital kita, kita boleh kembangkan ke luar. Saya kat Pahang kat bentong, saya boleh hantar sampai shah alam, boleh hantar sampai johor.”

Mula dilaksana pada tahun 2022, PPU telah disertai 3,532 usahawan keseluruhannya, termasuk 1,080 usahawan tahun ini.

Trainee2