fb fb fb fb fb

Pembaharuan struktur kunci sokongan jangka panjang ringgit

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Pembaharuan struktur dan dasar perlu diutamakan bagi memperkukuh daya tahan jangka panjang ringgit, berbanding kebergantungan berlebihan kepada rizab antarabangsa dalam menangani turun naik mata wang.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour memaklumkan, pergerakan ringgit dalam jangka pendek dipengaruhi faktor luaran, termasuk perubahan dasar monetari global serta ketidaktentuan pasaran antarabangsa.

“Menjelang 2025, aliran masuk modal dijangka mendapat sokongan daripada perbezaan kadar faedah yang lebih kecil antara Malaysia dan ekonomi maju.

"Namun, risiko penurunan tetap ada, terutamanya akibat pengurangan kadar faedah yang terhad serta ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat,” jelasnya.

Ringgit mengakhiri tahun 2024 dengan peningkatan 2.7 peratus berbanding dolar Amerika serta 7.5 peratus berbanding mata wang utama rakan dagangan negara.

Tambahnya, pergerakan ringgit dalam jangka pendek boleh dipengaruhi faktor luaran, terutama perubahan dasar monetari global serta ketidaktentuan pasaran antarabangsa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE