fb fb fb fb fb

Pasaran hartanah dijangka catat pertumbuhan kukuh tahun ini

Pasaran hartanah negara dijangka mencatat pertumbuhan yang kukuh pada 2025 / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Januari - Pasaran hartanah negara dijangka mencatat pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman serta wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.

Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata penggabungan pendigitalan, kemampanan, kesedaran terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) membentuk pasaran hartanah negara.

Katanya,dengan sokongan kerajaan yang berterusan seperti insentif untuk rumah mampu milik, dasar mesra pelabur serta inisiatif bangunan hijau dan berasaskan teknologi , pasaran hartanah dijangka terus berkembang

Meskipun terdapat peningkatan aktiviti pasaran, sentimen pembeli masih berhati-hati disebabkan cabaran kos sara hidup yang meningkat .

Walaubagaimanapun, prospek kekal positif untuk pemaju yang dapat menyesuaikan dengan keperluan pasaran yang sentiasa berubah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN