fb fb fb fb fb

Pasaran getah KL ditutup lebih rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini selepas dipengaruhi oleh petunjuk lemah daripada pasaran hadapan getah serantau apabila ringgit mengukuh berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, kebimbangan terhadap prospek ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China turut menjejaskan sentimen pasaran.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah diimbangi oleh penanda aras harga minyak mentah serta data ekonomi AS yang lebih kukuh, ini merangsang keyakinan bagi pemotongan kadar faedah AS jangka pendek,” katanya kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (MRB) untuk SMR 20 turun 4.5 sen kepada 768.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut empat sen kepada 621 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 778 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 618 sen sekilogram. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA