fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup rendah

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah sedikit hari ini dalam persekitaran aliran bercampur-campur pasaran niaga hadapan getah serantau / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah sedikit hari ini dalam persekitaran aliran bercampur-campur pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen global terjejas disebabkan data ekonomi yang bercampur-campur daripada Amerika Syarikat (AS) dan China. Ketidakpastian ini ditambah dengan peniaga yang sedang menunggu maklumat lanjut berhubung dasar monetari AS.

"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah," katanya kepada Bernama.

Menurut peniaga itu, harga minyak meningkat hari ini, menghampiri paras tertinggi dua bulan selepas data industri menunjukkan pengeluaran besar-besaran inventori AS minggu lepas, mendorong keyakinan terhadap permintaan.

Dilaporkan bahawa peluang pekerjaan AS meningkat sebanyak 221,000 kepada 8.140 juta pada hari terakhir bulan Mei, manakala data untuk April menunjukkan 7.919 juta jawatan tidak diisi berbanding 8.059 juta yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam pada itu, peniaga itu berkata aktiviti sektor perkhidmatan China berkembang kurang daripada jangkaan pada bulan Jun kerana permintaan tempatan kekal lemah dan pertumbuhan aktiviti perniagaan baharu berkurangan.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menguncup sebanyak 3.0 sen kepada 791 sen sekilogram, manakala lateks pukal menurun sebanyak 2.0 sen kepada 690 sen sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga rujukan LGM untuk fizikal SMR 20 berada pada 792 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 687.5 sen sekilogram.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN