(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 13 September- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau apabila kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi global yang memberi kesan kepada sentimen.
Seorang peniaga berkata pemain pasaran akan memantau data inflasi Amerika Syarikat yang dijangka diumumkan lewat hari ini untuk prospek inflasi dan kejelasan tentang pergerakan dasar Rizab Persekutuan.
“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun sebanyak tujuh sen kepada 660.5 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot dua sen kepada 479.5 sen sekilogram.
Pada 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 658.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 479 sen sekilogram. -BERNAMA
(Pasaran getah ditutup rendah)