KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat dalam persekitaran pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah meningkat, kata peniaga.
Beliau berkata kenaikan harga minyak, didorong oleh gabungan aktiviti belian saham pada harga rendah, sentimen yang bertambah baik terhadap ekonomi Amerika Syarikat dan ketegangan geopolitik yang berterusan.
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global meningkat sebanyak 0.04 peratus kepada US$79.19 setong, katanya kepada Bernama hari ini.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun setengah sen kepada 775 sen sekilogram manakala lateks pukal naik setengah sen kepada 631.5 sen sekilogram.
Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada 778.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 630.5 sen sekilogram.- BERNAMA