fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan kebimbangan yang berterusan mengenai kekurangan getah, pasaran hadapan getah serantau yang rendah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut peniaga, sentimen pasaran turut terjejas disebabkan kebimbangan bahawa data inflasi AS pada masa akan datang berupaya menjejaskan prospek untuk kadar faedah yang lebih rendah.

“Bagaimanapun, penyusutan selanjutnya dikekang oleh peningkatan harga minyak mentah memandangkan China memberi jaminan baharu kepada lebih banyak langkah sokongan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Pada 5 petang, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.41 peratus kepada US$85.78 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun 8.5 sen kepada 767.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 2.5 sen kepada 765.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal oleh LGM untuk GMM 20 berada pada 776.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 766.0 sen sekilogram.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN