fb fb fb fb fb

Operasi BNM dorong kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 27 September- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM46.21 bilion dan sejumlah RM17.45 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM1.0 bilion selama tujuh hari dan RM500 juta berjangka masa 14 hari.

Selain itu, BNM akan mengendalikan dua tender repo berbalik melibatkan RM1.5 bilion (30 hari) dan RM500 juta (91 hari) serta dijadual menerbitkan Bil Antara Bank Bank Negara bernilai RM3.0 bilion selama 31 hari.

Pada 4 petang, ia akan menawarkan RM45.7 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM17.7 bilion bagi tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

(FOTO HIASAN)

Media Baharu