fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM40.95 bilion dan RM25.62 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional melibatkan tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia juga akan mengendalikan dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM500 juta untuk jangka masa tujuh hari dan tender RM100 juta selama 14 hari, serta tender repo berbalik RM1.5 bilion bertempoh 31 hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ia akan menerbitkan tender Bil Antara Bank Bank Negara bernilai RM2 bilion selama 32 hari pada 5 Okt, ketersediaan repo terbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menawarkan sehingga RM39.9 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM25.0 bilion bagi tender semalaman Murabahah.- BERNAMA