fb fb fb fb fb

Niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu depan

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan, dipacu oleh kadar pengeluaran yang lebih perlahan.

Peniaga menjangkakan pengambilan untung juga akan berlaku, memandangkan minggu dagangan yang lebih pendek susulan cuti umum Deepavali.

Laporan prospek harga minyak sawit menunjukkan faktor utama yang mendorong kenaikan harga pada Oktober ialah kebimbangan terhadap bekalan eksport, kekuatan harga minyak boleh dimakan, kadar pertukaran, serta risiko bahan api.

Harga purata minyak sawit dijangka mencapai RM3,850 setan pada 2024, berbanding purata RM3,966 setan sehingga Oktober 2023.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN