fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR diunjur kekal lengang minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang minggu depan.

Kontrak-kontrak itu tidak diniagakan bagi minggu ini dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Kontrak bulan semerta baharu Mei 2024, Jun 2024, Julai 2024 dan September 2024 semuanya kekal tidak berubah pada 96.45.

KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.59 peratus pada minggu ini. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF