fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi semasa awal dagangan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Disember - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi semasa awal dagangan pada Jumaat.

Pada 9.52 pagi, Disember 2023 menambah setengah mata kepada 1,457.0, Januari 2024 kekal tidak berubah pada 1,460.5, Mac 2024 naik satu mata kepada 1,447.5 manakala Jun 2024 meningkat tiga mata kepada 1,450.5.

Jumlah dagangan sebanyak 4,301 lot manakala kepentingan terbuka 45,048 kontrak.

Pada 9.15 pagi, FBM KLCI meningkat 0.38 mata kepada 1,455.96 daripada 1,455.58 ketika ditutup pada Khamis. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF