fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin.

Pada pukul 9.35 pagi, Mac 2024 meningkat 9.5 mata kepada 1,527.5, April 2024 naik 11.0 mata kepada 1,530.0, Jun 2024 menambah 10.0 mata kepada 1,533.0 dan September 2024 meningkat 6.5 mata kepada 1,520.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,039 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 52,687 kontrak.

Pada pukul 9.35 pagi, FBM KLCI naik 3.31 mata kepada 1,543.17. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA