fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tidak berubah dalam dagangan awal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 September - Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives hampir tidak berubah dalam dagangan awal hari ini.

Sehingga 9.16 pagi, September 2024 dan Mac 2025, masing-masing tidak diniagakan pada 1,663.0 dan 1,656.5.

Oktober 2024 meningkat 1.5 mata kepada 1,667.5 dan Disember 2024 naik setengah mata kepada 1,670.0.

Jumlah dagangan sebanyak 812 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,328 kontrak.

FBM KLCI naik 4.54 mata kepada 1,682.64 selepas 16 minit dagangan. - Bernama

Trainee