fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada tengah hari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah pada tengah hari Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pada waktu rehat tengah hari, Ogos 2024 susut 4.5 mata kepada 1,644.5; September 2024 turun 5.5 mata kepada 1,625.0; Disember 2024 berkurangan 6.5 mata kepada 1,629.0 dan Mac 2025 menguncup 7.5 mata kepada 1,617.5.

Jumlah dagangan sebanyak 3,446 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 47,275 kontrak.

Setakat 12.30 tengah hari, indeks FBM KLCI turun 0.29 peratus atau 4.86 mata kepada 1,636.80 daripada 1,641.66 pada akhir dagangan semalam. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA