fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada tengah hari ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada rehat tengah hari, kontrak Ogos 2024 dan Mac 2025 masing-masing menyusut 50.0 mata kepada 1,606.5 dan 1,590.0, September 2024 rendah 48.0 mata kepada 1,590.5, dan Disember 2024 berkurangan 49.0 mata kepada 1,599.0.

Jumlah dagangan sebanyak 10,289 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 54,412 kontrak.

Setakat 12.30 tengah hari, FBM KLCI berkurangan 44.38 mata atau 2.75 peratus kepada 1,566.67 daripada 1,611.05 semasa ditutup pada Jumaat.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN