fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada tengah hari ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai.

Pada rehat tengah hari, kontrak bulan semasa Ogos 2024, September 2024 dan Disember 2024 merosot 1.0 mata masing-masing kepada 1,628.0, 1,610.5 dan 1,618.0, manakala Mac 2025 jatuh 10.0 mata kepada 1,609.0.

Jumlah dagangan sebanyak 4,094 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 47,889 kontrak.

Setakat 12.30 tengah hari ini, FBM KLCI susut 1.68 mata atau 0.10 peratus kepada 1,623.89 daripada 1,625.57 yang dicatatkan semalam.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN