fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 6 November- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 dan Disember 2023 meningkat 13.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,468.5 dan 1,468.5, manakala Mac 2024 dan Jun 2024 kedua-duanya naik 13.0 mata masing-masing kepada 1,453.5 dan 1,454.0.

Jumlah dagangan turun kepada 10,495 lot daripada 11,599 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 52,097 kontrak daripada 56,286 kontrak sebelumnya.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI naik 14.74 mata untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya kepada 1,464.67 daripada 1,449.93.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM