fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.

Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2024 turun 1.0 mata kepada 1,591, Julai 2024 dan Disember 2024 susut 0.5 mata masing-masing kepada 1,597.0 dan 1,590.5, dan September 2024 merosot 1.5 mata kepada 1,582.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 22,229 lot daripada 12,328 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 65,039 kontrak berbanding 55,901 kontrak.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI turun sedikit 0.05 peratus atau 0.71 mata kepada 1,589.66 daripada paras penutup 1,590.37 pada Jumaat minggu lepas.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM