fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 merosot 10.5 mata kepada 1,582.5, September 2024 menyusut 26.5 mata kepada 1,565.5, Disember 2024 berkurang 7.5 mata kepada 1,570.5 sementara Mac 2025 turun 10.5 mata kepada 1,559.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 9,354 lot daripada 15,459 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 48,301 kontrak daripada 54,809 kontrak.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI berkurang 1.49 mata atau 0.09 peratus kepada 1,590.38 daripada 1,591.87 semasa ditutup pada Rabu.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM