fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives positif pagi ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada pukul 9.25 pagi, Ogos 2024 menambah 7.0 mata kepada 1,625.0 dan September 2024 naik 7.5 mata kepada 1,606.0 manakala Disember 2024 dan Mac 2025, masing-masing meningkat 6.5 mata kepada 1,612.0 dan 1,598.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,761 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,520 kontrak.

Pada pukul 9.48 pagi, FBM KLCI naik 2.40 mata kepada 1,626.30 daripada 1,623.90 pada Jumaat lepas.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM