fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring niaga hadapan emas COMEX

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kukuh di niaga hadapan emas COMEX / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kukuh di niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Jun 2024 naik kepada AS$2,327.60 setiap auns troy daripada AS$2,312.40 setiap auns troy semalam manakala Julai 2024 meningkat kepada AS$2,335.70 setiap auns troy daripada AS$2,320.00 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing ditutup tinggi kepada AS$2,351.70 setiap auns troy daripada AS$2,336.00 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan turun kepada 16 lot daripada 20 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 36 kontrak daripada 39 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 27 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,323.60 setiap auns troy.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN