fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi, jejaki prestasi kukuh COMEX

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Ogos 2024 meningkat kepada US$2,484.30 setiap auns troy daripada US$2,480.90 setiap auns troy sewaktu ditutup semalam.

September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,488.0 setiap auns troy daripada US$2,484.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 90 lot daripada 75 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 135 kontrak daripada 91 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,446.65 setiap auns troy berdasarkan penetapan harga Persatuan Pasaran Jongkong London pada 15 Ogos.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI