fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi, didorong dolar AS rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa apabila dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil bon negara itu mengalami penurunan susulan laporan pekerjaan yang lemah.

Dolar AS yang lemah berkemungkinan memacu harga emas lebih tinggi menerusi peningkatan permintaan memandangkan lebih banyak emas boleh dibeli apabila dolar AS lebih rendah.

Pada penutupan, kontrak bulan semasa Julai 2024 meningkat kepada AS$2,375.00 setiap auns troy daripada AS$2,370.50 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Sementara itu, Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 masing-masing meningkat kepada US$2,391.00 setiap auns troy daripada US$2,386.50 setiap auns troy.

Jumlah dagangan kekal pada tiga lot, manakala kepentingan terbuka merosot kepada tujuh kontrak daripada sembilan kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,376.65 setiap auns troy, berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 8 Julai.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM