KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, dan Februari 2025 meningkat kepada AS$2,474.50 setiap auns troy daripada AS$2,465.10 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan melonjak kepada 69 lot daripada tujuh lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menokok kepada 77 kontrak daripada 17 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,454.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 1 Ogos 2024.-BERNAMA