fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi di niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada AS$2,368.70 setiap auns troy daripada AS$2,350.00 setiap auns troy pada Rabu manakala Ogos 2024 naik kepada AS$2,384.70 setiap auns troy daripada AS$2,366.00 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2024 semuanya meningkat kepada AS$2,384.70 setiap auns troy berbanding AS$2,366.00 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada tiga lot daripada 25 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada sembilan kontrak daripada 40 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 3 Julai, harga emas fizikal berada pada AS$2,361.35 setiap auns troy. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA