fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada AS$2,350.00 setiap auns troy daripada AS$2,336.00 setiap auns troy pada Selasa manakala Ogos 2024 naik kepada AS$2,366.00 setiap auns troy daripada AS$2,352.00 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2024 semuanya meningkat kepada AS$2,366.00 setiap auns troy berbanding AS$2,352.00 setiap aun troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 25 lot daripada 11 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 40 kontrak daripada 24 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association, pada 2 Julai, harga emas fizikal berada pada AS$2,331.75 setiap auns troy.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN