KUALA LUMPUR, 6 Februari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas COMEX AS.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2024 naik US$2,034.30 setiap auns troy daripada US$2,032.0 setiap auns troy ketika ditutup pada Isnin, manakala Mac 2024 meningkat kepada US$2,044.20 setiap auns troy daripada US$2,041.90 setiap auns troy sebelum itu.
Kontrak April 2024, Mei 2024, Jun 2024, dan Ogos 2024 masing-masing menokok kepada US$2,051.60 setiap auns troy berbanding US$2,049.30 setiap auns troy sebelum itu.
Jumlah dagangan meningkat kepada 41 lot daripada 11 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 114 kontrak daripada 79 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$2,018.0 setiap auns troy seperti penetapan London Bullion Market Association pada 5 Februari. - BERNAMA