fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Pada penutup dagangan, Kontrak Disember 2023 susut kepada US$2,037.60 setiap auns troy daripada US$2,043.90 setiap auns troy, manakala Januari 2024 turun kepada US$2,047.80 setiap auns troy daripada US$2,054.10 setiap auns troy sebelum itu.

Kontrak Februari 2024, Mac 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada US$2,057.50 setiap auns troy daripada US$2,063.80 setiap auns troy sebelum itu.

Jumlah dagangan merosot kepada 80 lot daripada 89 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 297 kontrak daripada 295 kontrak yang dicatatkan sebelum itu.

Harga emas fizikal berada pada US$2,035.55 setiap auns troy seperti yang ditetapkan oleh London Bullion Market Association pada 20 Dis, 2023. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI