fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Hiasan/Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 menyusut kepada US$2,512.80 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,526.40 pada Isnin manakala September 2024 berkurang kepada US$2,516.50 setiap auns troy daripada US$2,530.10.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, dan Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,518.80 setiap auns troy daripada US$2,532.40.

Jumlah dagangan merosot kepada sembilan lot daripada 13 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 51 kontrak daripada 55 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,511.20 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 23 Ogos, 2024. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF