fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan pergerakan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak harga semerta Julai 2024 merosot kepada US$2,407.0 setiap auns troy daripada US$2,418.10 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 menyusut kepada US$2,423.0 setiap auns troy daripada US$2,434.10 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 21 lot manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 39 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,403.50 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 19 Julai, 2024.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN