fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2023 turun kepada US$2,027.80 setiap troy auns daripada US$2,047.70 setiap troy auns pada Jumaat minggu lepas manakala Januari 2024 susut kepada US$2,038.00 setiap troy auns daripada US$2,057.50 setiap troy aun sebelumnya.

Kontrak Februari 2024, Mac 2024 dan April 2024 ditutup rendah kepada US$2,047.70 setiap troy auns masing-masing daripada US$2,067.20 setiap troy auns sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 82 lot daripada 246 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka susut kepada 311 kontrak daripada 480 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 15 Dis harga emas fizikal berada pada US$2,032.20 setiap troy auns.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN