fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup lebih tinggi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Niaga hadapan emas di pasaran Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi berikutan prestasi yang lebih kukuh dalam niaga hadapan emas Comex AS.

Pada penutup urus niaga, kontrak untuk Oktober 2023 meningkat kepada US$1,885.20 setiap auns troy daripada US$1,870.40 pada penutup Rabu, November 2023 naik kepada US$1,893.30 daripada US$1,882.30 sebelumnya dan Disember 2023 melonjak kepada US$1,903.80 daripada US$1,892.80.

Kontrak untuk Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 semuanya pada US$1,912.10 setiap auns troy.

Jumlah dagangan turun kepada 21 lot daripada 93 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 142 kontrak daripada 220 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$1,871.25 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association semasa penetapan sebelah petang 11 Okt.- BERNAMA


(FOTO HIASAN)

Media Baharu