fb fb fb fb fb

Misi Pecutan Eksport MATRADE ke Jakarta jana RM334 juta nilai jualan

Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Jakarta, P.Suresh

KUALA LUMPUR, 29 Disember- Sejumlah RM334 juta nilai jualan berjaya dijana menerusi Misi Pecutan Eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia; MATRADE ke Jakarta, Indonesia.

Jumlah itu dicapai menerusi 93 sesi mesyuarat dan padanan perniagaan yang diadakan dari 18 hingga 21 Disember lepas.

Menerusi kenyataan, Matrade memaklumkan, misi itu bertujuan meneroka potensi peluang perniagaan dan kerjasama berkaitan dalam industri pembinaan terutama membabitkan ibu kota Nusantara.

Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Jakarta, P.Suresh berkata, projek yang berpotensi untuk diterokai termasuk lebuh raya bertol, bekalan air bersih dan sanitasi, stesen jana kuasa serta telekomunikasi.

Misi yang dijayakan bersama Invest Selangor Bhd itu turut disertai 23 syarikat pembinaan dan perkhidmatan berkaitan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE