fb fb fb fb fb

Matrade galak syarikat tempatan teroka peluang baharu di Laos

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Syarikat tempatan yang terlibat dalam pembinaan, kejuruteraan dan pengurusan projek harus meneroka peluang baharu di Laos.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, ini selaras kerancakan landskap pembangunan semasa di Laos, terutama dalam sektor infrastruktur, pengangkutan dan tenaga.

Kerajaan Laos menekankan usaha untuk memanfaatkan sempadan darat dengan Myanmar, Kemboja, China, Thailand dan Vietnam.

Inisiatif itu akan menyepadukan Laos dengan kalangan ekonomi lebih besar dalam zon kejiranannya secara keseluruhan.

Negara itu juga mahu melonjakkan eksport pertanian, barangan perkilangan dan elektrik ke negara jirannya selain menyaksikan peluang pertumbuhan luas susulan projek kereta api Laos-China.

Menerusi pejabat di Ho Chi Minh City, Matrade menyediakan maklumat dan pautan kepada syarikat Malaysia melalui pelbagai aktiviti seperti Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

Dewan Perniagaan Malaysia Laos turut berperanan sebagai platform bertukar maklumat dan pandangan serta aktif mempromosi perniagaan ahli dan mencipta rangkaian lebih besar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE