KUALA LUMPUR, 21 Januari- Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang daripada anjakan ekonomi global.
HSBC Malaysia memaklumkan setiap organisasi perlu bersedia bagi pertumbuhan dan pengembangan, selain meningkatkan daya saing pada 2024.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Omar Siddiq berkata Asia terus menawarkan prospek pertumbuhan jangka panjang yang didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang mampan.
Sebahagian besar pertumbuhan itu akan dijana ASEAN, yang dilihat semakin ketara dalam menghadapi beberapa trend seperti orientasi semula rantaian bekalan, pecutan pesat dalam pendigitalan termasuk usaha menangani ancaman perubahan iklim.
Beberapa trend ini berpusat pada Malaysia yang terus menjadi antara 25 negara dagangan teratas dan potensi pelaburan yang besar.