KUALA LUMPUR, 21 November - Malaysia akan terus mengamalkan sikap perdagangan bebas yang menjadi asas kepada ekonomi antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan perdagangan antarabangsa setakat ini tidak terjejas dan terus mengambil langkah-langkah perlu terutama dalam menentukan hubungan baik bersama-sama Negara Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Beliau turut menjelaskan walaupun Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS).
Ia sama sekali tidak menjejaskan hak negara dalam menyuarakan pandangan yang mewakili sentimen rakyat Malaysia.
"Saya beritahu kita ambil sikap perdagangan bebas. Kita tidak menghalang AS dan mereka juga tidak boleh menghalang hubungan perdagangan kita dengan negara-negara China dan Rusia.
"Bagimanapun saya setuju dengan kita harus guna kebijaksanaan dan saya percaya ada kemahiran Kementerian Luar Negara dan pendekatan diplomasi mereka untuk terus mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara berkenaan," kata Perdana Menteri, di Dewan Rakyat.