fb fb fb fb fb

Malaysia dijangka catat KDNK 4 hingga 5 peratus pada 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4 dan 5 peratus pada 2024 disokong permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan peningkatan permintaan luaran.

Menurut Bank Negara Malaysia; BNM pertumbuhan akan dipacu perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan, dengan sokongan tambahan daripada jangkaan pemulihan dalam eksport.

Menerusi laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2023, BNM menyatakan sektor pelancongan dijangka terus bertambah baik.

Manakala pelaksanaan projek baharu untuk tempoh beberapa tahun dan sedia ada oleh sektor swasta dan awam akan menyokong aktiviti pelaburan.

Bagaimanapun, pertumbuhan dalam negeri masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan yang perlahan disebabkan faktor luaran dan dalam negeri.

Tahun lepas, negara mencatatkan pertumbuhan KDNK 3.7 peratus disokong aktiviti ekonomi dan pasaran pekerja yang terus pulih, disebalik persekitaran luaran yang mencabar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE