fb fb fb fb fb

Langkah BNM diunjur dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM34.37 bilion manakala dana Islam RM30.80 bilion.

BNM akan melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta selama tujuh hari dan dua tender Qard masing-masing RM700 juta selama tujuh hari dan RM200 juta bagi tempoh 14 hari.

Bank pusat itu akan turut menawarkan dua tender repo berbalik masing-masing RM1 bilion selama 31 hari dan 91 hari.  

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula dan kemudahan murabahah komoditi bercagar selama satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM35.9 bilion dan RM29.9 bilion untuk tender semalaman murabahah.- BERNAMA 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM