KUALA LUMPUR, 18 Oktober -Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak diniagakan minggu depan.
Kontrak KLIBOR tidak diniagakan sepanjang minggu ini, dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing kekal sifar.
Kontrak November 2025, Disember 2025, Januari 2026 dan Mac 2026 masing-masing kekal pada 96.45.
Sementara itu, kadar asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.22 peratus setakat 17 Okt, 2025. - BERNAMA