fb fb fb fb fb

Kerajaan komited kurangkan pinjaman, pastikan nisbah hutang KDNK 60 peratus dicapai

etua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Kerajaan komited mengurangkan peminjaman bagi memastikan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 60 peratus dicapai dalam tempoh lima tahun.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, ia selaras Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, bertujuan memastikan kedudukan fiskal negara lebih kukuh dan mampan.

Pinjaman bersih berkurangan daripada anggaran RM100 bilion pada 2021 dan 2022 kepada RM93 bilion tahun lalu, melalui langkah penyatuan fiskal.

Penjimatan tahunan RM4 bilion daripada rasionalisasi subsidi diesel akan turut menyumbang ke arah pengurangan keperluan pinjaman tahunan kerajaan.

Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan, hutang kerajaan meningkat sebanyak RM50 bilion kepada RM1.22 trilion setakat April 2024, berbanding RM1.17 trilion akhir 2023.

"Untuk mencapai tahap hutang lebih mampan, defisit fiskal tahunan akan terus dikurangkan agar jumlah pinjaman kerajaan tidak berkembang lebih cepat daripada pertumbuhan ekonomi,"katanya.

Beliau memberi jaminan, defisit fiskal tahunan tidak akan dikurangkan dengan mendadak berikutan keperluan untuk menyokong pembangunan negara, infrastruktur dan momentum pertumbuhan ekonomi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE